Makna Konsep dan Komunikasi

RM60.00
978-967-488-165-8
1 item(s)
+

Makna Konsep dan Komunikasi

Author: Indirawati Zahid

Publisher: UM Press

ISBN: 978-967-488-165-8

Weight:

Year: 2020

Page:

Price : RM60

Makna: Konsep dan Komunikasi membincangkan topik-topik yang penting dalam bidang semantik dan pragmatik. Kandungan buku ini memperjelas hubungan yang wujud antara makna dan komunikasi yang perlu didahului dengan pengetahuan konsep-konsep asas yang wujud dalam kedua-dua bidang selain aspek sejarah dan teorinya. Bagi mempermudah pemahaman para pembaca, contoh-contoh yang dipaparkan dalam perbincangan memanfaatkan contoh-contoh autentik Melayu yang hampir dengan persekitaran pengguna bahasa Melayu. Dengan mengambil kira sasaran utama khalayak buku ini ialah para pelajar dan pengajar dalam bidang, setiap satu bab diakhiri dengan subtopik Uji Minda. Uji Minda bertujuan menguji tahap pengetahuan dan pemahaman selain mencabar minda pembaca bagi menghuraikan beberapa kasus yang diberikan. Uji Minda ini tentu sahaja akan dapat mencetus buah fikiran yang baharu dengan contoh-contoh yang relevan dan bersifat semasa. Situasi ini tentulah bermanfaat dalam kalangan pelajar khususnya. Kekuatan buku ini bertitik tolak daripada kurangnya buku, perbincangan dan paparan contoh autentik Melayu dan bersifat semasa dalam bidang semantik dan pragmatik Melayu. Inilah yang menjadi pemangkin kepada pemilikan buku ini dalam kalangan pembacanya, iaitu memperlengkap bahan bacaan, rujukan dan pengetahuan yang sedia ada dalam korpus bahasa Melayu. Oleh itu buku ini perlu dimiliki oleh semua pelajar, pengajar dan pembaca umum yang berminat dalam kedua-dua bidang ini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI