Malaysia Dan Jepun: Perspektif Sejarah, Politik, Ekonomi Dan Sosiobudaya
Author: Asmadi Hassan Mohd Ikbal Mohd Huda
Publisher: UM
Press
ISBN: 978-983-100-961-1
Year: 2017
Weight: 0.200
kg
Price: RM58
Hubungan Malaysia Jepun telah berlangsung sejak beratus-ratus
tahun dahulu. Apa yang berlaku sepanjang hubungan tersebut sehingga kini? Buku
ini memberi jawapannya dengan menggabungkan kajian-kajian berkaitan hubungan
antara kedua-dua buah negara. Pelbagai perspektif telah dianalisis dan
diterjemah dalam buku yang bertajuk Malaysia dan Jepun: Perspektif Sejarah,
Politik, Ekonomi & Sosiobudaya. Buku yang memuatkan sembilan artikel ini adalah
kombinasi kajian oleh pakar-pakar pengajian Jepun dari Universiti Malaya,
Universiti Malaysia Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti
Malaysia Kelantan. Bab pertama hingga ketiga membincangkan perspektif sejarah perhubungan
kedua-dua buah negara yang bermula dari migrasi nelayan Ryukyu ke Tanah Melayu,
imigran Jepun di Sabah tahun 1880-1942 dan kesan pendudukan Jepun di Tanah
Melayu kepada kesedaran nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. Bab keempat
adalah dari perspektif sosiobudaya yang mengangkat tema difusi budaya popular Jepun
di Malaysia. Manakala bab kelima hingga terakhir bertemakan politik dan ekonomi.
Bab kelima mendedahkan tentang jatuh bangun parti politik pemerintah Jepun yang
boleh dijadikan pengajaran kepada Malaysia. Bab keenam tentang Bantuan Pembangunan
Rasmi Jepun (ODA), bab ketujuh tentang eksport Malaysia ke Jepun 1980-2105, bab
kelapan berkenaan peranan Malaysia dan Jepun dalam proses regionalisme Asia Timur
dan bab terakhir berkaitan Keselamatan Insan dan dasar luar Jepun yang
menjadikan kajian kes Grant Assistance for Grass-Roots Human Security Projects
di Sabah. Buku ini sarat dengan maklumat terkini, dianalisis secara kritikal
dan diolah dalam bahasa yang mudah difahami. Diharapkan dengan penerbitan buku
ini dapat dijadikan rujukan penting dan menambah pemahaman kepada mereka yang
dahagakan pengetahuan terutamanya dalam hubungan Malaysia-Jepun.
Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-60 Hubungan Diplomatik
Malaysia-Jepun – 1957-2017