Manaqib Imam al-Shafi’i
Editor: Ahmad Akram Mahmad Robbi
Publisher: ABIM Press
ISBN: 9789672158509
Year: 2019
Weight: 0.165kg
Pages: 98pp
Price: RM25
Imām Muḥammad bin Idrīs atau lebih dikenali sebagai Imām al-Shāfi‘ī adalah pengasas kepada mazhab fiqh yang pengamalannya sinonim dengan dunia Islām di Nusantara. Sumbangan Imām al-Shāfi‘ī dalam dunia Islām tidak dapat dinafikan lagi. Beliau perintis kepada perbincangan Uṣūl al-Ḥadīth dan Uṣūl al-Fiqh melalui magnum opusnya al-Risālah. Al-Risālah merupakan kitab yang membahaskan metode ijtihād Imām al-Shāfi‘ī berinteraksi dengan teks-teks Sharī‘ah Islām yang terdiri daripada al-Kitāb dan al-Sunnah. Perjuangan Imām al-Shāfi‘ī menegakkan autoriti al-Sunnah sehingga beliau digelar sebagai Nāṣir al-Sunnah sewaktu hayatnya.
Selain daripada kesarjanaan beliau, beliau juga dikenali kerana sikap waraknya dan sabar terhadap ujian. Setinggi mana kedudukannya dalam masyarakat sewaktu hayatnya, tetap ada usaha musuh-musuh yang cuba menjatuhkannya. Namun, fitnah dan mihnah itu telah digantikan dengan nikmat yang lebih besar. Nikmat yang membawanya untuk menjadi mujtahid mutlak yang membawa kepada penubuhan Mazhab Shāfi‘ī.