Manhaj Islah
Authors: Dr. Muhammad Abdurrahman al-Mursi
Translator: Mohd Darus Senawi Ali
Publisher: Dewan Pustaka Darussofiah
ISBN: 9789674091736
Weight: 550gsm
Pages: 576pp
Year: 2024
Price: RM60
Pertama: Membebaskan akidah dari keadaan jumud, khayalan dan kekeliruan-kekeliruan di dalamnya, memperbaiki persepsi menjadi betul untuk melihat alam, manusia dan kehidupan, buat memastikan keseimbangan dan kesaksamaan, supaya akidah punyai peranan untuk membina rijal-rijal, untuk dapat melahir semula entaiti Islamiah yang pernah dibina oleh Rasulullah di Dar al-Arqam ibn Abi al-Arqam, padanya Baginda telah memproses tokoh-tokoh, lelaki maupun perempuan sebagai batu bata buat membentuk
keluarga Muslim yang darinya dapat dikeluarkan tokoh-tokoh berperanan membentuk satu ummah bersendikan akhlak sebelum berdiri di atas sistem pemerintahan.
Kedua: Membersihkan minda Muslim dari pergantungan dengan pandangan juz’i yang sempit terhadap Islam, kerana cara ini boleh mempengaruhi pandangan seseorang hingga membesarkan peranan sesetengah perkara yang ranting dan kecil, ini boleh mencacatkan pandangan kesyumulan terhadap Islam.
Ketiga: Memecah suasana jumud yang mencengkam minda pemikiran Muslim, akibat tertutup pintu ijtihad yang mematikan daya ibda’i dan sumbangan insan, hingga menyeretnya kepada amalan taklid yang jelek. Hingga menghalang kaum Muslim dari mengambil penyelesaian-penyelesaian Islam terhadap permasalahan semasa dengan pemikiran Islam, memanfaatkan kemajuan material Barat dan menjauhi alam pemikiran yang mencanggahi prinsip- prinsip dan dasar kita.