Manhaj Tokoh-Tokoh Tafsir
Author/Editor: Muhd Najib Abdul Kadir, Mashitah Ismail & Siti Mursyidah Mohd Zain
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674122737
Weight: 300
Pages: 250
Year:
Price: RM35
Buku ini adalah garapan karya yang menggupas metodologi mufassir dalam penulisan kitab tafsir mereka. Karya ini merungkai kaedah yang digunakan oleh ulama seantero dunia dalam mengeluarkan buah mutiara daripada mukjizat al-Quran yang agung. Karya agung ulama dalam menghasilkan kitab tafsir menjadi rujukan bukan sahaja kepada para ilmuwan bahkan matlamat sebenarnya ialah untuk memberi kefahaman kepada umat Islam tentang intipati yang ada dalam al-Quran sebagai panduan hidup. Ulama yang diketengahkan bukan sahaja berkemahiran dalam bidang tafsir malah sebahagian mereka juga mahir dalam bidang fiqh, kesusasteraan al-Quran, ilmu kalam, tasawuf, ilmu lughah, reformis dan juga pendakwah yang hebat. Ulama tersebut terdiri daripada al-Hassan Al Basri, Imam Abdul Razzaq As San’aniy, Imam Fakhr al-Din al-Razi, Imam Muhammad bin Ali Asy-Syaukani, Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah, Sheikh Ahmad Mustafa Al-Maraghi, Sai’d Hawwa dan Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni. Pengkaryaan ilmu tafsir adalah bukti usaha yang tidak berbelah bagi untuk memartabatkan al-Quran dan memberi kefahaman kepada setiap jiwa umat Islam agar kembali menghayati al-Quran dan mengambil pengajaran tentang isi kandungannya sebagai sumber syariat yang pertama. Sejarah pengkaryaan ilmu tafsir oleh tokoh ulama ini menunjukkan betapa luasnya penguasaan ilmu dalam kalangan mereka. Mereka bukan sahaja mampu mengetengahkan Tafsir bi al-mathur bahkan mereka juga diberi ilmu hikmah untuk mentafsirkan secara tafsir bi al-Ra’yi. Usaha mereka bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh untuk pencipta ilmu kerana mereka berkorban masa, tenaga dan jiwa untuk menghasilkan karya yang agung. Pengkajian para ilmuan berkenaan metod mereka dalam menafsirkan al-Quran juga sebagai ilmu yang tidak termampu dibalas.