Manifesto Perubahan
Author: R.M. Imaduddin
Publisher:
ABIM Press
ISBN: 978-967-2158-18-9
Year: 2018
Weight:
0.150 kg
Pages: 159 pp
Price: RM30
Manifesto Perubahan beerti penyataan kepercayaan, harapan dan polisi bagi menjayakan perubahan. Politik ialah suatu tempat yang murni untuk disertai oleh semua warga Malaysia dalam sistem demokrasi; Politik perlu didekati, bukan untuk dijauhi. Politik untuk mengurus manusia, bukan untuk merosakkan dunia. Perubahan politik pula, bukan suatu yang menjelikkan, tetapi suatu manifestasi harapan. Pilihanraya ke-14 yang dikatakan bapa segala pilihanraya, setelah 20 tahun pasca reformasi, harus merupakan titik mula kepada kebangkitan rakyat untuk berpartisipasi bagi memaknakan kuasa rakyat dengan jiwa yang besar; jiwa sebagai negarawan; jiwa sebagai pembawa misi tajdid-tanwiri-tahriri; jiwa sebagai penerus pembawa risalah nubuwah. Sesungguhnya, segala agenda rakyat perlu berpusat kepada rakyat; bukan parti politik, bukan sosok tubuh tokoh parti, bukan presiden atau pemimpin utama parti. Agenda rakyat ialah milik rakyat. Ini mesej penting dalam buku ini.