Maqasid Al-Shari'ah Dalam Pembangunan Islam
Author: Norashikin Ahmad, Mohd Shukri Hanapi
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834921354
Weight:
Pages: 290
Year: 2021
Price : RM30.00
Maqasid al-Shari'ah menjadi fokus perbincangan ilmuwan Islam dari dulu hingga kini. Prinsip ini sering dirujuk sebagai mekanisme untuk memahami objektif atau hikmah di sebalik pensyariatan sesuatu hukum dalam memelihara lima komponen utama, iaitu agama, nyawa. akal, keturunan dan harta. Prinsip ini juga berfungsi sebagai penanda aras yang berkesan bagi mengukur pencapaian pelaksanaan syariah yang dilihat dari kerangka sudut pandang lima elemen tersebut. Maka tidak hairanlah jika prinsip ini terus diperkatakan dan cuba dimanfaatkan dalam segenap bidang, misalnya pendidikan, perundangan, ekonomi dan politik.
Atas dasar itu, buku ini membuka satu lagi ufuk perbincangan baharu dalam memperluasa pelaksanaan ilmu maqasid al-shari'ah dalam konteks semasa. Karya ini cuba meneliti hubung kait antara maqasid al-shari'ah dengan Pembangunan Berteraskan Islam, iaitu suatu disiplin ilmu yang sedang dibangunkan untuk mengurus pembangunan mengikut acuan Islam. Adakah disiplin ilmu ini memenuhi aspirasi yang digagaskan oleh maqasid al-shari'ah? Adakah disiplin ilmu ini hanya sesuai untuk mengukur pencapaian dalam bidang tertentu sahaja tidak sebagaimana maqasid al-shari'ah? Adakah terdapat persamaan atau perbezaan antara disiplin ilmu ini dengan maqasid al-shari'ah dari segi prinsip dn gagasan? Adakah wujud unsur pertentangan antara kedua-duanya? Segala persoalan ini bakal terjawab apabila anda membaca buku ini.