​Maqasid Al-Syari'ah

RM48.00
9789674182359
2 item(s)
+

Maqasid Al-Syari'ah

Editor: Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Mek Wok Mahmud & Akhtarzaite Abdul Aziz

Publisher: IIUM Press

ISBN: 9789674182359

Pages: 290 pp

Year: 2012

Weight: 0.5kg

Price: RM48.00

Buku ini mengenai Maqasid Al-Syari'ah, iaitu objektif hukum Islam. Ia merangkumi huraian tentang objektif umum, iaitu tujuan Syariat Islam itu sendiri diturunkan dan beberapa contok objektif khusus bagi perkara atau masalah tertentu. Kefahaman tentang objektif umum Syari'ah dan objektif khusus bagi sesuatu hukum itu penting dalam menentukan jenis hukum yang perlu ditentukan bagi kes atau persoalan yang dihadapi oleh seseorang penyelidik tentang hukum.

Ia secara umumnya berdasarkan kertas kerja yang pernah dibentangkan di seminar tentang Maqasid al-Syariah anjuran Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


KANDUNGAN

- Maqasid Al-Syari'ah: Satu Pengenalan (Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid) m.s. 1.

- Maqasid Al-Syari'ah sebagai asas pendekatan siyasah syar'iyyah dalam pentadbiran negara (Noor Naemah bt. Abdul Rahman & Muhammad Nazir bin Alias) m.s. 51.

- Pendekatan baru maqasid al-syari'ah dalam pengajian syari'ah di Malaysia: satu analisis (Paizah Ismail, Rahimin Affandi Abdul Rahim & Idris Awang) m.s. 67.

- Maqsad Hifz Al-Mal, Prinsip Al-Islah dan Al-Rukhsah dan aplikasi dalam pembentukan dan operasi tolok ukur Shari'ah Pelaburan ekuiti di Malaysia. (Mohamad Nabil Mohamad Shukri). m.s. 113.

- Kepentingan Dawabit Al-Maslahah dalam konteks Maqasid Al-Shari'ah: Kesinambungan antara pemikiran Al-Buti dan Al-Shatibi (Ismail Ibrahim, Muhammad Adib Samsudin, Muhammad Nazir Alias). m.s. 139

- Produk Hibah dan kesannya kepada pencapaian Maqasid Al-Shari'ah dalam sistem kekeluargaan Islam di Malaysia (Abdul Karim Ali, Raihanah Haji Azahari, Ridzwan bin Ahmad, Muhamad Safiri Ismail, Ameer Azeezy Tuan Abdullah). m.s. 157.

- Aplikasi Maslahah dalam menyelesaikan kes pengecualian sistem pusaka Islam (Noor Lizza Mohamed Said). m.s. 175.

- Menangani Ikhtilaf di Malaysia menerusi penghayatan Fiqh Al-Maqasid (Saadan Man). m.s. 223.

- Maqasid Al-Shariah dalam perlaksanaan waqaf (Mohamad Akram Laldin, Mek Wok Mahmud, Mohd. Fuad Sawari) m.s. 259.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI