Maqasid Syariah Sebagai Asas Penentuan hukum Syarak
Author: Muhammad Nazri Alias, Ahmad Irdha Mokhtar & Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786297547466
Weight: 0.21
Pages: 132
Year: 2023
Price: RM30
Segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan taufik dan petunjuk. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW yang telah mencurahkan seluruh kehidupannya untuk menyampaikan risalah Islam yang mulia ini kepada umat manusia. Semoga Allah SWT membalas jasa baginda dengan setinggi-tinggi ganjaran.
Perkembangan kehidupan manusia pada masa kini adalah lebih mencabar berbanding dengan kehidupan pada zaman penurunan wahyu. Ini kerana sifat manusia yang sentiasa dinamis dan berinovasi menjadikan kehidupan pada masa kini lebih kompleks serta rumit. Perkembangan ini menuntut supaya perjalanan kehidupan manusia diselarikan dengan nas- nas wahyu yang bersifat terhad dan terbatas. Walaupun nas-nas wahyu terhad, tetapi prinsip dan kaedahnya sudah memadai untuk menjawab semua persoalan umat manusia sejak terhentinya wahyu sehingga hari kiamat.
Seperti yang sedia maklum, tidak semua permasalahan hukum mempunyai sandaran nas-nas wahyu secara langsung. Menurut ulama, nas-nas wahyu adalah terbatas sedangkan permasalahan yang dihadapi oleh manusia itu tidak terbatas (al-Juwayni 1997a). Oleh itu, terdapat perbahasan yang panjang oleh para ulama dalam merangka kaedah dan panduan untuk menyelesaikan permasalahan hukum pada setiap zaman yang dilalui oleh umat Islam. Hasilnya muncul ilmu usul fiqh dan ilmu kaedah fiqh. Kedua-dua ilmu ini adalah bertujuan untuk menjamin hukum yang diputuskan oleh seorang mujtahid itu menepati kehendak syarak.
Walau bagaimanapun, terdapat perbahasan ilmu usul fiqh yang masih kabur dan tidak jelas seperti perbahasan-perbahasan berkaitan maqasid syariah. Perbahasan yang luas dan terperinci mengenai maqasid syariah telah dilakukan buat kali pertama oleh Imam al-Shatibi pada kurun ke-8 hijrah. Usaha tersebut telah disambung pula oleh Sheikh Ibn Ashur pada kurun ke-14 hijrah. Sehingga hari ini, maqasid syariah masih lagi menjadi topik yang sering menjadi perbincangan para sarjana di seluruh pelusuk dunia Islam. Pada masa kini, umat Islam menghadapi pelbagai permasalahan baharu yang belum pernah berlaku pada zaman dahulu. Keadaan ini menuntut 10/Maqasid Syariah Sebagai Asas Penentuan Hukum Syarak
kepada penentuan hukum baharu yang bersesuaian dengan kehendak dan tujuan syarak. Namun begitu, penentuan hukum akan jadi terbatas jika ia hanya bersandarkan kepada hukum hakam telah dinyatakan oleh n wahyu atau yang telah menjadi ijmak ulama atau yang telah diputuskan olch ulama klasik untuk diqiyaskan. Oleh itu, pemakaian maqasid syariah dapat menyelesaikan permasalahan tersebut.