Maslahah dalam Dinamika Ijtihad Semasa
Editor: Muhammad Adib Samsudin, Mohammad Zaini Yahaya & Muhammad Nazir Alias
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294863903
Pages: 172
Weight: 0.270 kg
Year: 2025
Price: RM35
Kemaslahatan manusia merupakan elemen penting yang diambilkira oleh Allah SWT dalam pensyariatan hukum. Bahkan adanya hukum syarak menunjukkan pasti ada maslahah atau kebaikan kepada umat manusia sejagat. Dengan kata lain, hukum syarak dan maslahah pada hakikatnya adalah dua muka pada satu syiling yang sama. Oleh itu, perbincangan tentang maslahah dan hukum dalam Islam sama ada dalam konteks silam mahupun kontemporari sentiasa relevan untuk dibincangkan. Kami dengan ini selaku penyunting bersama-sama dengan penyumbang bab berusaha menyajikan kupasan isu kontemporari yang menarik untuk ditelusuri dari perspektif maslahah. Justeru, dengan izin dan limpah rahmat daripada Allah Maha Kuasa, karya suntingan berjudul Maslahah dalam Dinamika Ijtihad Semasa berjaya dihasilkan. Buku ini walaupun kelihatan sederhana fizikalnya tetapi maklumat yang terkandung di dalamnya padat dan berautoriti kerana disadur daripada karya-karya hebat ulama usul fiqh silam dan kontemporari. Oleh itu, besar harapan kami agar buku ini menambah maklumat mengenai isu-isu asas dan penting dalam ilmu usul fiqh khasnya yang berkaitan dengan maslahah.
MUHAMMAD ADIB SAMSUDIN, PhD, Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berkepakaran dalam bidang dalam bidang fiqh turath dan semasa, maqasid syariah dan usul fiqh. Beliau adalah salah seorang ahli jawatankuasa fatwa negeri Perak. MOHAMMAD ZAINI YAHAYA, PhD, Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Berkepakaran dalam bidang fiqh turath dan semasa, usul fiqh dan pematuhan syariah. Beliau terlibat dalam penasihatan kepada agensi kerajaan dan institusi kewangan. Beliau juga ahli Jawatankuasa fatwa negeri Pulau Pinang. MUHAMMAD NAZIR ALIAS, PhD, Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Beliau berkepakaran dalam bidang maqasid syariah, usul fiqh dan fiqh semasa.