Matematik Suatu Sistem Budaya
Author: R.L Wilder
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789679429107
Pages: 235 pp
Year: 2010
Weight: 0.365 kg
Price: RM30
Ahli matematik moden bukanlah seseorang yang mempunyai jurusan pemikiran yang sempit dan tidak menyedari tentang kehidupan keintelektualannya. Kecintaan dan kemahiran dalam muzik sering bergerak seiring tetapi pendedahannya kurang kerana kebiasaannya ahli matematik tidak suka mempamerkan kebolehannya. Mereka sering berpuas hati dengan menyembunyikan bakat dan kebolehan di luar kurikulum daripada bidang matematik. Oleh itu dalam buku ini, melalui teori White, diperkenalkan suatu gambaran yang mewakili matematik secara grafik, iaitu pondok matematik.
Menurut konsep ini matematik boleh diwakili sebagai suatu rajah seperti pokok dengan akarnya sebagai matematik asas, manakala batang dan rantingnya mewakili pelbagai subbidang matematik. Selagi matematik berkembang dengan cara ini, aljabar dan geometri adalah pada cabang yang berbeza, manakala aksiom dan mantik diwakili akar. Namun apabila Fermat dan Descartes memperkenalkan konsolidasi aljabar dengan geometri untuk membentuk geometri analisis, perwakilan pokok ini mula runtuh. Apa pun cara yang digunakan untuk meneliti perkembangan matematik dan berhadapan dengan kesukaran seperti mengumpulkan teori matematik kepada asalnya yang wajar. Sebuah sistem perwakilan seharusnya memberi ruang kepada keluwesan yang luas, seperti yang diketengahkan dalam teori White tentang sistem budaya.