Media Jaringan Sosial Penggunaan dan Pengaruhnya
Author: Siti Ezaleila Mustafa
Publisher: UM Press
ISBN: 9789831008195
Weight:
Year: 2015
Page: 197 pp
Price: RM46
Media jaringan sosial dilihat semakin berpengaruh dalam kehidupan seharian, terutama pada golongan muda yang sering tertarik dengan teknologi dan inovasi baharu. Tambahan pula, medium ini mampu mengekalkan keterikatan dengan dunia realiti di samping berfungsi sebagai tempat permainan pada masa yang sama. Malah, media ini memberi sumbangan positif dalam mengekalkan hubungan dan menjadi perantara yang berguna untuk komunikasi di samping menjadi tempat baharu untuk berkumpul dan berinteraksi serta membentuk kumpulan berasaskan minat.Di samping membincangkan ciri dan fungsi jaringan sosial dalam talian popular dunia dan laman sosial tempatan, sebagai alternatif kepada laman sosial antarabangsa, buku ini juga membincangkan trend penggunaan jaringan sosial dalam talian, motivasi atau tujuan penggunaan jaringan sosial dalam talian dalam kalangan pengguna aktif di Malaysia serta impak dan kelebihan penggunaan jaringan sosial dalam talian berbanding media komunikasi lain serta komunikasi di luar talian.
Buku ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar dalam bidang pengajian media dan komunikasi bagi memperoleh pemahaman berkenaan fenomena penggunaan jaringan sosial dalam talian ini di peringkat global dan juga di Malaysia.