Melakar Kepimpinan Cemerlang Era Covid-19 Dan Pascapandemik
Author: Mohd Ekhwan Toriman, Azianura Hani Shaari & Roslee Rajikan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862142
Weight: 0.45kg
Pages: 238pp
Year: 2024
Price: RM60
Bukan mudah untuk menjadi pemimpin pada saat-saat getir seperti pandemik, dan tidak ramai juga yang berpeluang untuk memimpin pada era tersebut. Pengalaman mentadbir sebuah universiti dalam era pandemik sememangnya memberi banyak pengajaran buat seluruh pasukan kepimpinan universiti. Semuanya ini telah dikongsikan melalui penceritaan pelbagai sudut yang dimuatkan dalam buku ini. Di samping itu, buku ini turut memperhalusi nilai-nilai kepimpinan moden tanpa meminggirkan aspek adab serta adat budaya ketimuran yang selama ini kita pertahankan sebagai rakyat Malaysia. Ledakan perubahan mendadak menuntut transformasi tadbir urus yang komprehensif, intervensi berkesan serta pelaksanaan proses pengurusan strategik yang baik. Semua cabaran, refleksi dan penyelesaian yang diambil dalam era COVID-19 dan fasa selepasnya digarap kemas menjadi sebuah kerangka kepimpinan yang versatil dan kalis cabaran yang dibina melalui kaedah pemerhatian dan penilaian secara retrospektif. Semoga titipan pengalaman yang telah dikutip dan dinukilkan ini dapat menjadi sebuah naskhah rujukan dan pengajaran buat generasi pemimpin yang akan datang.
PROF. DATO' DR. MOHD EKHWAN TORIMAN merupakan Profesor/pakar dalam bidang Hidrologi Sekitaran & Permodelan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dari Pusat Pengajian Sosial Pembangunan & Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.
PROF. MADYA DR. AZIANURA HANI SHAARI merupakan pakar dalam bidang Sosiolinguistik (Bahasa Inggeris) dari Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Media dan Penerbitan Korporat) di Pusat Komunikasi Korporat UKM.
PROF DATO' DR. ROSLEE RAJIKAN merupakan seorang Profesor/pakar dalam bidang Nutrisi Klinikal dan Dietetik dari Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-Care), Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Pro-Naib Canselor (Strategi dan Kewatanan) UKM serta Pengarah Eksekutif, Pusat Strategi UKM.