Membina Kekuatan Jiwa Melalui Surah Al-Fatihah

RM45.00
9789671708415
Out of stock

Membina Kekuatan Jiwa Melalui Surah Al-Fatihah

Author: Azrul Azlan & Mohd Yusof Arbain
Publisher: Tadabbur Centre
ISBN: 9789671708415
Weight: 0.4 kg
Pages: 205
Year: 2020
Price: RM45

Surah Al-Fatihah merupakan asas untuk memahami 113 surah yang lain. Memahaminya juga umpama kita memahami tafsiran kitab Allah yang diturunkan. Kata al-Imam Hassan al-Basri yang disebutkan dalam kitab Syu’ab al-Iman: “Sesiapa yang mengetahui tafsirannya (surah al-Fatihah), dia seolah-olah mengetahui keseluruhan tafsiran kitab Allah yang diturunan”.

Justeru, inilah antara sebab mengapa surah al-Fatihah merupakan surah yang wajib dibaca di dalam solat. Tanpa bacaan surah ini, solat yang ditunaikan adalah tidak sah. Huraian buku ini yang padat serta penuh dengan informasi dan solusi kepada kehidupan akan memberikan kepuasan kepada anda yang dahagakan ilmu, ingin melakukan perubahan diri dan membina kekuatan jiwa. Apa yang lebih menarik, kandungan buku ini disampaikan melalui persembahan infografik yang memudahkan pembaca memahaminya dengan baik.

Buku ini menjawab:-

Apakah rahsia di sebalik pengulangan bacaan surah Al-Fatihah sebanyak 17 kali pada waktu siang dan malam? Apakah kesan pengulangan bacaan surah ini pada jiwa dan roh kita? Kenapa surah seperti ini hanya dikhususkan kepada Nabi Muhammad SAW dan umatnya tetapi tidak dikhususkan kepada para nabi lain melalui Taurat, Injil dan Zabur? Apakah yang dituntut oleh surah ini sehingga kita perlu membacanya sebanyak 12 kali sepanjang siang dan malam? Apakah cara untuk kita memahami dan menghayati makna al-Fatihah setiap kali membaca surah ini dalam solat ? Bagaimanakah caranya untuk terus menjadikan makna dan penghayatan surah al-Fatihah terus membara dalam jiwa kita ?

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI