Membujur Lalu Berhutang Parah: Kesan Industri Hutang Terhadap Masyarakat Dunia
Author: Mohd Nazari Ismail
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674881122
Year: 2019
Weight:
Pages:
Price: RM60.00
Imam Malik berkata “Tidak ada ayat lain dalam Al-Quran selain ayat 279, Surah Al-Baqarah yang membuat aku lebih takut kepada kemarahan Tuhan yang mengisytiharkan perang terhadap pengamal Riba”. Sebenarnya industri perbankan adalah penyebab utama kepada krisis kewangan dan masalah kenaikan kos sara hidup. Tanggapan bahawa bank memberi pinjaman dengan menggunakan deposit oleh isi rumah adalah salah kerana bank tidak memerlukan kewujudan deposit untuk membolehkannya memberi pinjaman kepada pelanggannya.
Bank sebenarnya mencipta `wang baru’ setiap kali ia memberi pinjaman dan oleh sebab itulah jumlah wang dalam sistem kewangan negara dapat berkembang dengan begitu cepat. Perkara ini telah disahkan oleh The Bank of England dalam satu penerbitannya sendiri berjudul The Bank of England Quarterly Bulletin 2014.
Akibatnya, bukan sahaja nilai mata wang sentiasa menurun, bahkan jumlah hutang juga meningkat pada kadar yang sangat cepat sekali gus menyebabkan penderitaan kepada ratusan juta manusia di seluruh dunia terutamanya dalam kalangan golongan lemah dan miskin.
Buku ini menghuraikan perkara tersebut dengan lebih terperinci dan menyumbang kepada pemahaman tentang kesan negatif industri perbankan, termasuk apa yang dipanggil ‘Perbankan Islam’. Sebenarnya kita perlu dengan segera mencari kaedah pembiayaan selain dari perbankan. Amalan mudarabah dan musyarakah juga perlu dilakukan dengan betul dan tepat dan bukan dalam bentuk pura-pura atau helah semata-mata.
Dato’ Manap Wahab
Bekas Ketua Eksekutif, Bank Muamalat
-----------------------------------------------------------------
Buku ini adalah usaha yang tepat pada masanya kerana mendedahkan secara jelas bagaimana sistem kewangan kita berfungsi. Penulis telah dengan cara yang amat baik dan terperinci membuktikan betapa hutang awam dan swasta telah bertambah dan akhirnya menghancurkan rakyat, kerajaan dan negara. Buku ini juga menggariskan langkah-langkah bagaimana masyarakat boleh hidup tanpa hutang. Ini adalah bacaan penting untuk guru, pelajar, pegawai awam dan juga para reformis sosial.
Prof Dato’ Dr Ahamed Kameel Mydin Meera
Pengerusi, Pergerakan untuk Keadilan Monetari (Movement for Monetary Justice).