Memoir Abdul Majid Salleh: Dalam PKMM dan Kesatuan Buruh
Author: Abdul Majid Salleh
Publisher: UKM Press
ISBN :9679426734
Pages: 182pp
Year: 2004
Weight:
Price: RM30
Abdul Majid Salleh adalah antara pemuda Melayu yang bergiat dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) khususnya dalam Seksi Buruh. Di situ beliau menerajui Johore South Federation of Trade Union yang kemudiannya menjadi landasan untuk bergiat aktif mewakili kaum buruh. PKMM yang menjadi parti pelopor dalam membangkitkan semangat nasionalisme mendapat sokongan dari segenap lapisan masyarakat. Namun, perjuangan PKMM telah diharamkan dan dianggap sebagai sebuah parti berhaluan kiri kerana menentang Inggeris. Perjuangan Majid Salleh dan rakan-rakannya turut dinafikan dan sebahagian besar mereka dipenjarakan di bawah Undang-undang Darurat. Demi perjuangannya bukan sahaja wang ringgit dan harta benda yang terpaksa dikorbankan malah hubungan keluarga turut menjadi taruhan. Majid Salleh terpaksa merengkok tujuh tahun di dalam tahanan dan terputus hubungan dengan ahli keluarga. Majid Salleh menulis memoirnya bagi menyingkap perjuangan bersama teman-temannya yang penuh ranjau berduri ketika menganggotai PKMM dengan tujuan khusus untuk generasi selepas Merdeka agar mereka lebih memahami erti Kemerdekaan yang sejati.