Memoir Chamhuri Siwar: Roda Perjalanan Hidup dan Sumbangsih

Contact us for a price
9789672517115
4 item(s)

Memoir Chamhuri Siwar: Roda Perjalanan Hidup dan Sumbangsih

Author: Chamhuri Siwar
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672517115
Weight: 0.743
Pages: 396pp
Year: 2022
Price: RM

Buku "Memoir Chamhuri Siwar: Roda Perjalanan Hidup dan Sumbangsih memuatkan catatan penulis mengenai naik turun perjalanan hidupnya, kematian ibu sejak kecil dan dibesarkan oleh nyainya dalam suasana kemiskinan sejak zaman kanak-kanak lagi dan melalui pendidikan awal dengan penuh cabaran. Kerjaya awal, latihan perguruan di MPB dan kerjaya sebagai guru membuka mata penulis tentang liku-liku kehidupan, cabaran yang mendatang dan mengilhamkan perlunya melengkapkan diri dengan mempelajari ilmu yang lebih tinggi, menduduki peperiksaan STP, walaupun dengan belajar secara bersendirian, dengan rakan-rakan guru, sambil bertugas mendidik anak bangsa. Kelulusan yang baik melayakannya memasuki UKM sebagai mahasiswa perintis pada tahun 1970. Seterusnya untuk empat tahun menghadiri kuliah bidang luas dan bergelumang dengan buku dalam mempelajari dan menggali pelbagai ilmu ekonomi, sosiologi, antropologi, bahasa dan sastera. Lulusan cemerlang pada peringkat Sarjanamuda membuka peluang untuk diterima berkhidmat sebagai tutor dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat sarjana ke luar negara dan kembali sebagai pensyarah di FEP-UKM. "Langit tidak sentiasa cerah." Perjalanan meneruskan pelajaran peringkat lanjutan bermasalah, dan penulis pasrah menumpu sumbangannya sebagai pensyarah UKM dalam pengajaran dan penyeliaan, penerbitan jurnal, buku, bab dalam buku serta penerbitan jurnal dan prosiding dalam bidang dan minat utamanya, iaitu pembangunan pertanian dan luar bandar, pembangunan lestari dan pembasmian kemiskinan. Meskipun melalui pelbagai cabaran dan rintangan dengan izin Allah jua, kegigihannya membantu mengatasi ranjau sepanjang laluan ilmiahnya daripada pensyarah, profesor madya, profesor dan diakhiri dengan anugerah Profesor Emeritus. Kini, bersara dan meninggalkan legasi dalam bentuk tulisan ilmiah yang boleh dirujuk serta para pelajar siswazah serata negara membangun untuk meneruskan kesinambungan kesederhanaan ilmu dan pembawaannya. Moga Allah meredai-Nya.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI