​Memoir Penghulu Dato' Zainal Abidin Lati

RM15.00
9679425649
1 item(s)
+

Memoir Penghulu Dato' Zainal Abidin Lati

Author/Editor: Harun Johari

Publisher: UKM Press

ISBN: 9679425649

Weight: 150g

Pages: 82

Year: 2002

Price: RM15


Penghulu dan penggawa pernah menjadi institusi penting dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Institusi raja bergantung pada penghulu dan penggawa dalam hubungannya dengan rakyat jelata. Penghulu Dato’ Zainal Abidin Lati adalah salah seorang penghulu terkenal di Negeri Sembilan, dalam Mukim Labu. Beliau berkhidmat kepada Yang DiPertuan Besar dan Undang Luak sebelum menyambungnya dalam Pemerintahan Tentera British dan Jepun semasa penjajahan. Kesinambungannya sebagai penghulu bukan semata-mata kerana darah keturunannya dari kalangan atasan, kerana apabila sistem demokrasi moden diterima, rakyat menghantarnya ke Dewan Undangan Negeri menerusi pilihanraya. Beliau disayangi penduduk kerana iltizamnya yang tinggi dalam memajukan kampung. Rekod perkhidmatannya yang cemerlang disenangi oleh istana, British dan Jepun. Sepanjang khidmatnya sebagai Penghulu, banyak sekolah baru dibuka dalam Mukimnya termasuk sekolah Inggeris untuk anak-anak Melayu dan sekolah khas untuk anak-anak orang asli. Orang Melayu menolak sekolah Inggeris yang dipandang sekular dan Kristian. Namun Penghulu Zainal menongkah arus demi memajukan fikiran anak bangsanya. Beliau berusaha mendapatkan tanah untuk tapak sekolah berpakat dengan Inggeris bagi memulakan sekolah baru. Beliau menggunakan helah memujuk pegawai tentera Jepun daripada mengerahkan tenaga muda lelaki ke sempadan Thailand-Burma. Apabila British menguasai semula Tanah Melayu, Penghulu Zainal bersama pemimpin Melayu lain di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar menggerakkan kesedaran bagi menolak Malayan Union.

HARUN JOHARI adalah penulis bebas dan telah menghasilkan karya dalam bentuk biografi dan novel sejarah. Bekas anggota Rejimen Askar Melayu Diraja ini juga meminati bidang seni lukis. Beliau adalah pengasas Persatuan Pelukis Negeri Sembilan (PELUKIS) dan sehingga kini menjadi anggota kehormat persatuan itu.




JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI