Memoir Rashidah Ismail: Pendeta Za'ba Dan Kisah Silam
Author/Editor: Rashidah Ismail
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789679429022
Weight: 300g
Pages:
Year: 2009
Price: RM50
Suara hati wanita yang pernah terjun ke dunia kewartawanan ini dirungkaikan menerusi Memoir Rashidah Ismail: Pendeta Za’ba dan Kisah Silam. Sebagai orang yang bekerja di organisasi media seperti surat khabar dan majalah, beliau banyak menghabiskan masa dengan membaca pelbagai bahan bacaan. Keghairahannya yang menjadikan rutin menulis dan membaca seperti makan dan minum sungguh memudahkan kerjayanya. Hasilnya, beliau banyak melontarkan buah fikirannya untuk diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan bermula pada awal 1950-an di majalah Utusan Filem dan Sports, Berita Harian, Berita Minggu dan Utusan Melayu. Kerjaya dan rentak hidup Rashidah banyak dipengaruhi oleh Za’ba. Rencah kehidupannya menjadi lebih menarik untuk ditelusuri kerana banyak kisah lain yang sempat dicoretkan oleh beliau menerusi paparan di dalam memoir ini. Wanita ini yang juga anak saudara kepada Pendeta Za’ba, pastinya berhati waja kerana mampu menerima banyak cabaran, menggalas beban dan memikul tanggungjawab agar setiap tugasan yang diberikan kepadanya berjaya dilaksanakan mengikut kehendak ketuanya. Sebahagian daripada tugasnya adalah bertemu dengan pelbagai golongan masyarakat bagi mewawancara dan mendapatkan sumber yang bakal dijadikan bahan tulisan. Pelbagai langgam dunia pemberitaan dan kewartawanan cuba dikongsi oleh Rashidah untuk generasi selepas kelahirannya. Rashidah yang berkemahiran sebagai penterjemah ini juga dapat menyaksi dan mencatatkan pelbagai peristiwa penting di sebalik tarian penanya di dunia kewartawanan. Beliau juga pernah merasai kegetiran pahit maung hidup pada zaman jepun.