Memperkasa B40: Isu Dan Strategi Sains Sosial

RM35.00
9789672388302
1 item(s)
+

Memperkasa B40: Isu Dan Strategi Sains Sosial

Author: Norizan Abdul Razak, Jalaluddin Abdul Malek & Suzana Shahar

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789672388302

Pages: 281pp

Weight: 0.277kg

Year: 2019

Price : RM35

Buku ini mengandungi himpunan 10 bab hasil kajian penyelidikan Pemrkasaan B40 secara 360° (DCP-2017-016) yang membincangkan isu dan strategi pembangunan golongan isu rumah B40. Secara definisi, golongan B40 merujuk kepada golongan 40 peratus terbawah dalam agihan pendapatan, atau dianggap sebagai golongan berpendapatan rendah, berbanding golongan M40 (pertengahan 40 peratus) dan T20 (atas 20 peratus). Buku ini terbahagi kepada dua bahagian perbincangan iaitu Bahagian 1 mengandungi bab-bab yang membincangkan isu dan permasalahan pembangunan golongan B40 manakala Bahagian 2 mengandungi bab-bab yang menganjurkan strategi dan perlaksanaan pembangunan golongan B40.

Buku ini menjadi naskah utama serta panduan untuk pelbagai pihak untuk melihat ontologi, isu dan strategi serta halatuju pengupayaan golongan B40 supaya meningkat menjadi golongan kelas menengah M40. Peralihan golongan B40 menjadi isi rumah M40 perlu direalisasikan menjelang tahun 2030 dan diharapkan nisbah golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus ke bawah ini dapat dikurang seperti nisbah berikut iaitu B20:M60:T20 demi Malaysia menjadi negara maju. Jika nisbah ini tercapai, maka bermula Malaysia baharu menjadi 20 nergara termaju menurut UNDP. Sasaran pembaca adalah penyelidik sains sosial dan mereka yang terlibat dalam pemerkasaan golongan B40 di Malaysia pada masa kini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI