Author: Al-Ḥāfiẓ Ibn al-Jawzī
Translator: Mohammad Syafiq Ismail
Publisher: ABIM Press
ISBN: 9789672158547
Pages: 64pp
Year: 2019
Weight: 0.114kg
Price: RM20
Kitab ini merupakan karya al-Ḥāfiẓ Imām al-Wa‘īẓ Ibn al-Jawzī, salah seorang daripada ulama kurun ke-6H, yang
menghimpunkan pedoman-pedoman berkenaan isu kesarjanaan, keilmuan, kefatwaan,
ijtihād, serta
krisis autoriti tentangnya.
Kitab ini wajar menjadi suluhan kita, di zaman edan ini, saat kini di mana semuanya semudah-mudah itu berfatwa meskipun bukan ahlinya, ditambah lagi dengan keadaan sejadi autoriti di dalam Sunni yang longgar dan sebenarnya memudahkan (dinyatakan dalam hadis Nabi: Ikhtilāf umatku ialah Rahmat – H.R. al-Bayhaqī). Justeru, pelbagai kontradiksi dan permasalahan yang hakiki di dalam Sharī‘at kita kini, muncul membanyak. Dengan kitab ini sebagai suluhannya dan panduannya, ia sedikit sebanyak membantu kita muhasabah semula segala usaha-usaha kita dalam memartabatkan Islam, di zaman moden ini, agar ia tidak hilang keasliannya, agar thawābitnya terjaga, sementara mutaghayyiratnya dinilai menurut neraca yang sesuai, oleh orang yang berkelayakan pula, sepertimana ditekankan dalam kitab ini.