​Mencari Makna Hidup Melalui Bisnes: Menelusuri Perjalanan Bermakna Tentang Keusahawanan Dalam Membentuk Peribadi Muslim

RM32.00
9786297665627
1 item(s)
+

Mencari Makna Hidup Melalui Bisnes: Menelusuri Perjalanan Bermakna Tentang Keusahawanan Dalam Membentuk Peribadi Muslim

Author: Dr. Nur Aisyah Zainordin
Publisher: Iman Publication
ISBN: 9786297665627
Weight: 500 gsm
Pages: 170 m/s
Year: 2025
Price: RM 32.00

'Untuk terus bertumbuh tinggi, terkadang kita perlu turun ke bumi.'

Ramai menyangka bahawa dunia bisnes berkisar semata-mata pada soal untung dan rugi. Namun bagi penulis, bisnes membawa makna yang jauh lebih luas — ruang untuk belajar tentang jatuh bangun kehidupan dan bagaimana ia mengajar kita bergantung sepenuhnya kepada Tuhan.

Memang kejayaan sesebuah perniagaan sering diukur melalui angka dan strategi. Tetapi di sebalik semua itu, wujud satu teras yang amat jarang disebut: ketekunan dan keteguhan hati untuk menjadi insan yang lebih baik setiap hari. Teras ini memungkinkan kita bukan sahaja untuk berjaya, tetapi juga mengalirkan manfaat yang lebih besar kepada masyarakat sekeliling

Lihatlah bagaimana Abdurrahman bin Auf RA menggunakan kekayaannya untuk memberi kepada umat. Begitulah bisnes seharusnya dilihat — sebagai jalan menumbuhkan potensi dan memberi makna.

Inilah semangat yang dibawakan oleh Dr. Nur Aisyah Zainordin, pengasas IMAN. Melalui buku ini, beliau berkongsi kisah jatuh bangun, nilai dan inspirasi — agar lebih ramai melihat bisnes sebagai jalan untuk memperkasa diri dan memberi erti kepada ummah.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI