Menghibur Duka Mereka Yang Buta
Author: Al-Zamakhsharī
Translator: Mohammad Syafiq Ismail
Publisher: ABIM Press
ISBN: 9789672158875
Weight:
Year: 2020
Page: 48pp
Price : RM17
Risalah yang kita khidmatkan di dalam terjemahan ini, selaku bukti bahawa keprihatinan sarjana Islam terhadap golongan O.K.U. bermula sejak daripada awal lagi, lebih kurang 900 tahun lampau risalah ini telah dikarang al-Zamakhsharī, salah seorang sarjana Islam kurun 6 Hijriyyah – khusus dikarang buat sahabatnya yang diuji dengan kehilangan deria penglihatan.
Demikianlah dapat disimpulkan, bagi sesiapa yang menjejak kehidupan para sarjana ini, dan mengetahui kedudukan agama Islam di dalam kehidupan mereka, sudah pastilah akan memahami bahawa Islamlah yang menggerakkan ulama-ulama ini, memberi mereka inspirasi dan kecelikan mata hati, untuk menulis dan mengangkat isu berkenaan O.K.U. di dalam buah tangan penulisan mereka.