​Mengkanunkan Agama: Islam, Hak-Hak Liberal dan Kenegaraan Malaysia

RM30.00
9789672464129
2 item(s)
+

Mengkanunkan Agama: Islam, Hak-Hak Liberal dan Kenegaraan Malaysia

Author: Tamir Moustafa

Translator: Hazman Baharom

Publisher: Gerak Budaya

ISBN: 9789672464129

Weight:

Year: 2020

Page: 299

Price : RM30

Kebanyakan negara majoriti Muslim memiliki sistem perundangan yang meliputi peruntukan Islam dan hak-hak liberal. Meskipun kedua-dua elemen tersebut tidak semestinya bercanggahan, komitmen terhadap kedua-duanya menjadi asas, dari segi undang-undang serta simbolik, untuk para aktivis mengajukan visi masing-masing tentang negara dan masyarakat. Dengan menggunakan Malaysia sebagai kajian kes, buku Mengkanunkan Agama ini meneliti bagaimana susun atur perundangan sedemikian telah mencetuskan litigasi-litigasi dan membantu pembinaan konstruk “binari hak-lawan-ibadat” di ruang undang-undang, politik, serta imaginasi popular massa. Dengan merujuk kepada sumber-sumber primer yang ekstensif dan menjejak kembali kes-kes kontroversial dari kamar mahkamah undang-undang sehinggalah ke mahkamah pendapat awam, kajian ini berusaha untuk menteorikan proses “pemahkamahan agama” dan kesan-kesan terbitan daripada tindakan mahkamah ke atas kesedaran perundangan serta keagamaan popular masyarakat. Buku ini mendokumentasikan bagaimana institusi perundangan menggalakkan pertembungan ideologi, yang seterusnya mentakrifkan negara ini berserta politiknya. Dengan meninjau hubung kait antara pluralisme undang-undang, gerakan sosial, sekularisme, dan Islamisme politik, buku Mengkanunkan Agama membuka ufuk perbincangan baru tentang kesalinghubungan antara undang-undang, agama, politik dan masyarakat.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI