Menguruskan Kekayaan Mengikut Al-Quran
Author: Dato' Sri Md. Sharif Shamsuddin
Publisher: UMP Press
ISBN: 9789672226710
Weight:
Pages:
Year: 2022
Price: RM36
Perniagaan ialah salah satu sunnah Rasulullah SAW yang ditinggalkan kepada umat manusia. Akhlak terpuji Rasulullah menjadikan Baginda seorang ahli perniagaan yang terhebat sepanjang zaman. Sehubungan itu, penulis buku ini, Dato' Sri Md. Sharif Shamsuddin menginspirasikan akhlak Rasulullah SAW dalam menguruskan perniagaan dan harta beliau. Buku setebal 120 halaman ini mengandungi 23 bab yang memaparkan pengalaman peribadi beliau dalam menguruskan perihal perniagaan dan harta berlandaskan Al-Quran. Semoga kisah ini dapat memberi manfaat dan menambah pengetahuan kepada pembaca dalam selok-belok pengurusan perniagaan mengikut syariah.