Menjejaki Ulama Patani Kontemporari
Author: Norhasnira Ibrahim & Abdulloh Salaeh
Publisher: MUFIID WORK
ISBN: 9789671572252
Weight:
Page: 119
Year: 2020
Price: RM35
Buku ini memuatkan seramai lima orang tokoh ulama kontemporari dari Patani yang telah mencurahkan khidmat dan bakti dalam perkembangan dan pemartabatan agama Islam khususnya di Patani pada abad ke-20 dan ke-21 Masihi. Barisan ulama tersebut terdiri daripada Haji Ahmad bin Haji Abdul ahab al-Fusani, Haji Abdullah Sarah al-Jarumi, Haji Ismail bin Umar Sepanjang, Haji Zakaria bin Yusof dan diakhiri dengan Haji Abdul Karim bin Hasbullah Naknawa. kandungan dalam buku ini mendedahkan para pembaca kepada kajian mengenai biografi tokoh, sumbangan tokoh, karya penulisan serta kematian tokoh (bagi yang telah kembali ke rahmatullah).
Di samping itu juga, terdapat tiga buah kitab hasil karya tokoh-tokoh tersebut telah diketengahkan dalam buku ini, iaitu kita Tazkirah al-Ghaflah fi Bayan Asrar al-Solah yang ditulis oleh Haji Abdullah Sarah al-Jarumi, Mawaqif al-Marjan bi Syarh Mawa'iz al-Iman dan Kitab al-Durrah al-Saniyyah karangan Haji Ismail bin Umar Sepanjang. Penulisan mengenai kitab-kitab tersebut mengupas secara umum mengenai profil kitab, judul, tarikh penulisan kitab, faktor penulisan, metodologi penyusunan serta metodologi penulisan. Adalah diharapkan agar maklumat yang dipersembahkan dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh para pembaca, penyelidik dan juga pengkaji khususnya yang berkaitan dengan Ulama Melayu di Patani khususnya dan di Nusantara umumnya.