Menjinakkan Nafsu Tiga Serangkai Dalam Hubungan Suami Isteri

RM24.00
9786299715122
9 item(s)
+

Menjinakkan Nafsu Tiga Serangkai Dalam Hubungan Suami Isteri 

Author: Makmor Tumin
Publisher: Hikmah Publishing
ISBN: 9786299715122
Weight: 0.2 kg
Pages: 82
Year: 2022
Price: RM24

Manusia itu fitrahnya lalai dan lupa. Asal kejadiannya tidak diinsafi. Ujian ke atasnya tidak ditangani. Pernah dilarang ke atasnya menghampiri pohon terlarang. Takdir fitrah lalai dan lupanya itulah maka, termakan juga buah terlarang. Itulah takdir asal kejadiannya yang cucu cicitnya lupa dan tidak insaf. Diturunkan ke bumi, diuji dengan nafsu dan diberatkan lagi dengan godaan syaitan. Nafsu yang sepatutnya dijinakkan dan dikawal itu pula, sebaliknya dilayan kelalaian. Syaitan yang sepatutnya menjadi musuh, terlupa sehingga tertipu disangkakan menjadi kawan. Nafsu makan buah terlarang di syurga itu mengisyaratkan kepada cucu cicitnya betapa beratnya untuk menekan nafsu berkenaan. Kelalaian dan kelupaan memudahkan tangan bertalu-talu menyuap pelbagai hidangan dan sajian. Kata pujangga Islam, Imam al-Ghazali, sebagaimana dalam kitabnya Kasr al-Shahwatayn, dengan terjinaknya nafsu makan, maka akan terbelenggulah pula nafsu-nafsu yang lain. Sekiranya nafsu perut dapat ditekan, nafsu bawah perut dapat dilawan. Sekiranya dalam kelaparan, mulut tidak berupaya mendabik dada dengan kata-kata menongkat langit, keangkuhan. Inilah dia nafsu tiga serangkai: perut, bawah perut dan lidah dalam mulut.


Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI