Menuju Puncak Redha: Mencari Islam di Bumi Inggeris - Kulit Keras

RM60.00
9789671745465
186 item(s)
+

Menuju Puncak Redha: Mencari Islam di Bumi Inggeris - Kulit Keras

Author: Saari Sungib
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789671745465
Weight: 0.5 kg
Pages: 296 pp
Year: 2022
Price: RM60

Sebuah memoir perjuangan Saari Sungib atau juga lebih dikenali Abu Urwah. Mencari Islam di Bumi Inggeris ini merupakan jilid pertama daripada lima jilid penuh autobiografi penuh Saari Sungib yang diberi judul Menuju Puncak Redha.

---

Mencari Puncak Redha: Mencari Islam di Bumi Inggeris adalah siri pertama memoir yang menghikayatkan perjalanan seorang anak muda yang mencari makna diri setelah bergelut memilih antara hoki atau melanjutkan pelajaran di luar negeri. Terdampar di kota Inggeris pada 1970-an yang merupakan pusat pertembungan ideologi antara kapitalisme vs sosialisme, kemudiannya berlaku kebangkitan Islam di seluruh dunia, anak muda akhirnya berkenalan dengan sebuah gerakan dakwah yang merubah cara fikir dan kehidupan beliau secara drastik. Pertemuan Saari Sungib dengan Islamic Representative Council (IRC) ini telah membuka lembaran kehidupan beliau yang sangat menakjubkan dalam babak-babak kehidupan beliau mendatang.

---

“Pengalaman kerohanian ini begitu memberikan kesan kepada saya sehingga terbuka pintu hati untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dan ketika itu jugalah, seakan petunjuk dan dorongan daripada Ilahi, saya dihadiahkan sehelai tudung buat pertama kalinya dalam satu program Islamic Summer Camp di Manchester, United Kingdom. Gadis istimewa yang memberikan tudung tersebut merupakan seorang mualaf dari Belanda yang bernama Bashiera Owen. Pertemuan yang berakhir dengan seribu kenangan itu masih mekar membekas dalam ingatan saya. Inilah barangkali anekdot kecil daripada sekian banyak sumbangan siri summer camp dan program kesedaran Islam yang digerakkan secara aktif oleh para penuntut Islam di United Kingdom ketika itu.”

Wan Azizah Wan Ismail


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI