Mereka Yang Tersesat

RM20.00
9789671863589
20 item(s)
+

Mereka Yang Tersesat

Author: Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti
Publisher: Rabbani Books & Media
ISBN: 9789671863589
Weight: 0.12kg
Pages: 90pp
Year: 2024
Price: RM20

Buku ini berasal daripada rakaman "Siri Kajian al-Quran" (Dirását Qur'aniyyah), sebuah rancangan televisyen yang dijalankan oleh Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti yang berlangsung selama 25 tahun. Siri ini telah memberi kesan mendalam kepada jutaan penonton berbahasa Arab, membuka hati dan minda mereka kepada petunjuk yang terkandung dalam kitab suci al-Quran.

Setiap bab dalam buku ini adalah himpunan kisah-kisah para tokoh yang pada fasa awal kehidupannya tersilap jalan, lalu ditunjukkan bagaimana al-Quran telah membimbing mereka kembali ke jalan yang benar. Antara tokoh-tokohnya ialah Malik bin Dinar, Fudayl bin 'lyad, Abdullah ibn al-Mubarak, Ibrahim bin Adham dan beberapa tokoh lagi.

Setelah mendengar sepotong ayat Allah, ayat tersebut menusuk kalbu mereka sehingga daripada tenggelam dalam dosa dan maksiat, mereka bertukar menjadi para kekasih Allah dan menjadi tokoh-tokoh yang menghiasai lembaran sejarah Islam.

Kami berharap, buku ini akan menjadi panduan dan iktibar buat para pembaca dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan masing-masing. Semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan menjadi sumbangan kecil kami dalam menyebarkan cahaya hidayah kepada umat manusia.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI