Merentasi Sempadan Yang Melewati Zaman
Author: Amer Saifude
Ghazali Zulkanain Abdul Rahman Rosmadi Fauzi
Publisher: UM Press
ISBN: 978-983-100-942-0
Year: 2017
Weight: 0.350 kg
Price: RM98
Buku ini mengetengahkan himpunan tulisan para sarjana
tempatan yang sememangnya telah terkenal dalam bidang pengkhususan
masing-masing. Buku ini dihasilkan sebagai satu tanda menghargai jasa,
sumbangan dan penglibatan Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman dalam
bidang akademik sepanjang perkhidmatan beliau di Universiti Malaya selama lebih
30 tahun. Bab-bab yang dimuatkan dalam buku ini merupakan hasil kajian di peringkat
pascasiswazah; pembentangan kertas kerja dalam persidangan peringkat kebangsaan
dan antarabangsa; dan ucap utama. Justeru, sumber yang digunakan sangat
berwibawa dan boleh dipertanggungjawabkan dalam setiap bab yang ditulis.
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu sosiopolitik dan sosiobudaya; dan merangkumi pelbagai tajuk dan dimensi. Topik-topik dalam sosiopolitik menyentuh pelbagai isu. Antaranya termasuklah perkembangan semasa politik dan kepartian di Malaysia; peranan dan pemikiran tokoh-tokoh politik tertentu; persoalan politik berteraskan perkauman; dan juga menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia. Dalam perspektif sosiobudaya pula, perbincangan mencakupi isu-isu seperti sejarah pendidikan Islam dalam masyarakat, peranan dan pencapaian ABIM dalam suasana politik semasa, penglibatan dan sumbangan ulama kepada pembentukan modal insan; dan juga isu-isu hak asasi di peringkat serantau dan antarabangsa. Buku ini perlu dijadikan rujukan oleh pengkaji sejarah; masyarakat; dan politik kontemporari, mahasiswa/i dan calon pascasiswazah