​Merentasi Sempadan Yang Melewati Zaman

RM98.00
9789831009420
1 item(s)
+

Merentasi Sempadan Yang Melewati Zaman

Author: Amer Saifude Ghazali Zulkanain Abdul Rahman Rosmadi Fauzi

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-942-0

Year: 2017

Weight: 0.350 kg

Price: RM98

Buku ini mengetengahkan himpunan tulisan para sarjana tempatan yang sememangnya telah terkenal dalam bidang pengkhususan masing-masing. Buku ini dihasilkan sebagai satu tanda menghargai jasa, sumbangan dan penglibatan Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman dalam bidang akademik sepanjang perkhidmatan beliau di Universiti Malaya selama lebih 30 tahun. Bab-bab yang dimuatkan dalam buku ini merupakan hasil kajian di peringkat pascasiswazah; pembentangan kertas kerja dalam persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa; dan ucap utama. Justeru, sumber yang digunakan sangat berwibawa dan boleh dipertanggungjawabkan dalam setiap bab yang ditulis.

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu sosiopolitik dan sosiobudaya; dan merangkumi pelbagai tajuk dan dimensi. Topik-topik dalam sosiopolitik menyentuh pelbagai isu. Antaranya termasuklah perkembangan semasa politik dan kepartian di Malaysia; peranan dan pemikiran tokoh-tokoh politik tertentu; persoalan politik berteraskan perkauman; dan juga menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia. Dalam perspektif sosiobudaya pula, perbincangan mencakupi isu-isu seperti sejarah pendidikan Islam dalam masyarakat, peranan dan pencapaian ABIM dalam suasana politik semasa, penglibatan dan sumbangan ulama kepada pembentukan modal insan; dan juga isu-isu hak asasi di peringkat serantau dan antarabangsa. Buku ini perlu dijadikan rujukan oleh pengkaji sejarah; masyarakat; dan politik kontemporari, mahasiswa/i dan calon pascasiswazah

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI