​Metodologi Penerimaan Dan Penyampaian Hadis

RM38.00
9789831008799
2 item(s)
+

Metodologi Penerimaan Dan Penyampaian Hadis

Author: Mohd Azrin Johari

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-879-9

Year: 2016

Weight: 0.200 kg

Price: RM38

Hadis merupakan sumber terpenting dalam perundangan agama Islam selepas al-Quran. Peranan utama hadis adalah menghuraikan kandungan al-Quran yang telah diperagakan oleh Rasulullah SAW dalam sudut kehidupannya. Setiap hadis yang disampaikan oleh Baginda SAW akan diamalkan dan dipelihara sebaik-baiknya oleh golongan para sahabat. Baginda SAW menyampaikan hadis kepada para sahabat dengan pelbagai metode supaya tinggi tahap keberkesanannya. Para sahabat yang menerima hadis daripada Baginda SAW akan menyampaikan hadis kepada para tabi’in dengan metode yang disebut sebagai thuruq tahammul al-hadith wa shiyagh adaa al-hadith. Seterusnya para tabi’in juga menggunakan metode-metode yang sama dalam menyampaikan hadis kepada para atba’ tabi’in. Amalan ini berterusan sehinggalah hadis yang berasal daripada Baginda SAW terus terpelihara sehingga kini. Umumnya kita perlu berterima kasih kepada muhaddithin terdahulu kerana bertungkus-lumus dalam mempertahan survival hadis.

Buku ini menyentuh secara ringkas berkaitan thuruq tahammul al-hadith wa shiyagh adaa al-hadith yang merupakan antara cabang daripada ilmu musthalah al-hadith. Terdapat lapan (8) metode penerimaan dan penyampaian hadis yang digunakan oleh muhaddithin terdahulu dihuraikan pada tahap asas untuk kefahaman segenap peringkat pembaca. Buku ini juga menghuraikan dua puluh lapan (28) kaedah yang digunakan oleh Baginda SAW dalam menyampaikan hadis kepada para sahabat. Selain itu, adab-adab sebagai pengajar dan pelajar hadis turut dikupas sebagai panduan untuk mencontohi akhlak terpuji muhaddithin terdahulu. Sesuai dimiliki oleh semua peringkat penuntut ilmu terutamanya bagi pelajar dalam jurusan ilmu hadis dan mereka yang meminati bidang ilmu hadis.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI