​Metodologi Penyelidikan: Panduan Menulis Tesis

RM65.00
9789672064336
3 item(s)
+

Metodologi Penyelidikan: Panduan Menulis Tesis

Author: Fuad Mohamed Berawi

Publisher: UUM Press

ISBN: 9789672064336

Weight: 400g

Pages: 351

Year: 2017

Price: RM65


Buku ini secara keseluruhan memperincikan dan menghuraikan kaedah untuk menjalankan penyelidikan yang dapat dijadikan panduan, rujukan, dan senarai semak kepada pelajar yang hendak menyiapkan tesis dan penyelidik yang baru menjinakkan diri dengan dunia penulisan. Kandungan yang terdapat dalam buku ini mencakupi panduan menyeluruh untuk menulis serta menyiapkan tesis dan penyelidikan secara terperinci, tersusun, dan teratur selain sesuai kepada tenaga pengajar yang mengkhusus dalam pengajaran kaedah penyelidikan.

Kandungan buku ini meliputi teori, konsep, definisi, pengertian, dan terma-terma penting dalam penyelidikan selain turut memperincikan proses sesuatu penyelidikan seperti penyediaan cadangan penyelidikan, kaedah pengumpulan maklumat dan data, pembentukan soal selidik, kerja lapangan, persembahan laporan, menulis rujukan, serta peraturan penting dalam penulisan.

Buku ini turut memberikan contoh penulisan deskriptif, penganggaran empirikal, serta pengujian statistik sehingga cara-cara penulisan untuk laporan akhir. Contoh-contoh dikemukakan secara mudah agar dapat diikuti dan dimanfaatkan oleh pelajar dan penyelidik yang hendak memulakan kajian selain tenaga pengajar yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran kaedah penyelidikan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI