Metodologi Penyelidikan Sains Sosial

RM38.00
9789674880156
Out of stock
Metodologi Penyelidikan Sains Sosial

Author: Mohd Awang Idris, Haslina Muhamad & R Zirwatul Aida R Ibrahim

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674880156

Weight:

Year: 2018

Page:

Price : RM38

Penyelidikan sains sosial umumnya melibatkan gelagat manusia dalam kelompok masyarakatnya. Walaupun pada asasnya pengkaji boleh memerhati dan menilai gelagat manusia tadi menggunakan pelbagai metod kajian dan disahkan pula dengan analisis statistik, bagaimanapun adakalanya dapatan tadi menyimpang kerana banyak isu bias dan ralat yang berlaku.

Buku ini, tidak seperti kebanyakan buku pengantar metodologi lain, cuba membawa pembaca dengan perspektif baru mengenai bagaimana kajian yang baik tidak hanya bergantung kepada topik penelitian yang bermanfaat, tetapi mestilah disandarkan kepada usaha mengelak bias yang sering berlaku dalam penyelidikan yang adakalanya tidak disedari oleh penyelidik. Beberapa aspek baru yang jarang dihuraikan dalam buku metodologi penyelidikan tempatan misalnya longitudinal, kaedah kajian pelbagai tahap, kajian diari dan juga common method variance cuba diperkenalkan oleh penulis. Ia dihuraikan dengan bahasa yang mudah serta contohcontoh yang relevan agar dapat difahami oleh penyelidik yang baru berjinak-jinak dengan penelitian ilmu sains sosial.

Buku ini boleh dijadikan panduan oleh ahli akademik, penyelidik dan pelajar universiti untuk memahami apakah sebenarnya sifat kajian berkualiti yang tidak hanya bergantung kepada topik yang baik, tetapi metod yang diguna pakai mestilah relevan dengan konteks kajian itu.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI