Minda Masa Depan Strategik: Katalis Reformasi Intelektual

RM48.00
9789670067070
68 item(s)
+

Minda Masa Depan Strategik: Katalis Reformasi Intelektual

Author: Zulkifli Hasan
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789670067070
Weight: 
Pages: 233pp
Year: 2023
Price: RM

"Dalam perubahan waktu yang dramatik, apabila masa bergerak pantas, strategi dan dasar berbentuk konvensional jauh kurang berkesan. Kita mungkin akan ketinggalan. Terutama sekali dengan cabaran yang dihadapi perubahan iklim, ketaksaksamaan, jenayah melangkaui sempadan dan golongan belia perlu bersaing dengan artificial intelligence (AI) untuk mendapatkan pekerjaan.

Untuk mendahului keluk, minda masa depan (futures thinking) dan minda berpandangan jauh (foresight) amat diperlukan. Kita tidak hanya meramal trend masa depan, tetapi menggunakan tujuan dan visi untuk mencipta masa depan yang kita inginkan. Jika tidak, maka kita hanya akan hidup atas kisah dan naratif orang lain.

Minda masa depan menuntut manusia untuk memahami kehidupan sendiri dan naratif organisasi, lalu menggunakan naratif ini untuk mencipta masa depan yang diinginkan. Minda masa depan boleh digunakan dalam tetapan individu, organisasi, negara dan dunia. Masa depan perlu digunakan untuk mengubah hari ini."

SOHAIL INAYATULLAH UNESCO Chair in Futures Studies.

Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity.

Professor, Tamkang University, Taiwan Editor, Journal of Futures Studies.


Pembentukan minda masa depan adalah prerequisite atau penentu utama kepada revolusi intelektual ke arah futuristik. Minds masa depan menumpukan kepada kemampuan berfikir mengenal perkara yang bakal terjadi di masa akan datang dengan menggunakan pendekatan sistematik dan saintifik bagi membolehkan generasi hari ini mengambil tindakan dan membuat persediaan terhadap masa depan alternatif yang diimaginasi dan diramalkan. Minda masa depan membolehkan individu, organisasi, institusi mahupun kerajaan mempunyai visi yang jelas dengan mengambil kira semua faktor dan realiti yang berlaku termasuk data-data dan pengalaman lampau.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI