Misbaha Putera Jalan Tok Lam Tokoh Persuratan, Keagamaan, Kebajikan dan Pensejarahan Terengganu
Author: Hamdan Aziz & Mohd Komarul Aripin Ismail
Publisher: UMT Press
ISBN: 9789670962733
Weight:
Pages: 134
Year: 2017
Price: RM20
Sumbangan Misbaha atau nama sebenarnya Dato Setia Jasa Haji Mohd. Salleh Haji Awang begitu besar di negeri Terengganu khususnya dalam bidang persuratan, keagamaan, kebajikan dan pensejarahan. Etos serta korpus ilmu yang bersifat intelektual dibentuk sendiri (a self-made intellectual) mendapat penyalan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dengan dianugerahkan Ijazah Sarjana Kehormat Persuratan pada tahun 1982. Penglibatan aktif Misbaha dalam penulisan bermula sebaik sahaja tamat belajar di Madrasah Sultan Zainal Abidin SMAZA dalam pelbagai jenis genre dalam bentuk novel dan cerpen. Penglibatan sebaga ketua editor dalam akhbar propaganda Jepun, Cahaya Timur menyebabkan beliau ditahan British. Sekalipun begitu, sumbangan Misbaha diteruskan melalui pelantikan beberapa jawatan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) serta pengurusan jemaah haji. Dalam pada itu, kebajikan pelajar Terengganu sama ada dalam atau di luar negara diambil peduli oleh Misbaha. Dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Misbaha bersama yang lain menubuhkan Persatuan Kebajikan Islam Terengganu (Perkasa) yang akhirnya membawa kepada Asrama Anak-anak Yatim Darul Falah, Bukit Payung.