Model Kopetensi dan Prestasi Kerja Pengajar TVET: Pengajar Kompeten Aspirasi Negara
Authors: Khuzainey ismail, Zulkifli Mohd Nopiah & Mohamad Sattar Rasul
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672513476
Weight: 0.28kg
Pages: 168pp
Year: 2021
Price: RM35
Kompetensi mempunyai hubung kait dengan prestasi kerja. Pengajar yang kompeten mempunyai tiga elemen penting, iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Dalam konteks tempatan, pelbagai informasi terhadap kompetensi pengajar dalam program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang telah dibangunkan. Namun, belum ada maklumat berkaitan kompetensi pengajar TVET dengan prestasi kerja. Secara spesifiknya belum ada garis panduan kompetensi dan hubungannya dengan prestasi kerja dalam kalangan pengajar TVET. Model kompetensi yang dikupas dalam buku ini mempunyai hubungan dengan prestasi kerja yang merupakan dapatan imperikal dalam konteks kajian tempatan. Kupasan daripada buku ini dapat memberi maklumat dan rujukan kepada pihak berkepentingan dan mana-mana pengkaji mengenai kompetensi dan prestasi kerja dalam kalangan pengajar TVET di Malaysia.
KHUZAINEY ISMAIL, PhD., Pemenang Ijazah Kedoktoran dalam Program Pendidikan Kejuruteraan di Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bekerja sebagai Pegawai Latihan Vokasional di Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia sejak tahun 2004. Skop kepakaran adalah kompetensi pengajar.
ZULKIFLI MOHD NOPIAH, PhD., Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM. Berkepakaran dalam bidang Kajian Pengoperasian. MOHAMAD SATTAR RASUL, PhD., Pensyarah Kanan dan Pengerusi STEM Enculturation Center di Fakulti Pendidikan, UKM. Berkepakaran dalam program Industrial Engineering & System dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2004 dan 2010.