Model Rasa Insaniah Dalam Puisi Islam Tiga Penyair Nusantara
Author: Shamsudin Othman
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834941604
Weight:
Pages: 294pp
Year: 2023
Price: RM38
Naskah ini membincangkan kerangka model yang dihasilkan daripada penyesuaian gabungan tiga teori tempatan sedia ada, iaitu Teori Takmilah, Pengkaedahan Melayu dan Rasa-Fenomologi. Titik pertembungan ketiga-tiga teori ini ialah kemunculan gagasan terhadap initi pati makna yang bertunjangkan prinsip Melayu-Islam. Model rasa insaniah ini terdiri daripada tiga prinsip utama, iaitu prinsip pengabdian kepada Allah SWT, prinsip pengucapan beradab, dan prinsip kehalusan makna. Ketiga-tiga prinsip ini mempunyai pertalian yang amat rapat antara penyair dengan Allah SWT, iaitu dalam konteks hubungan hamba dan Pencipta yang lebih dimesrai dengan sebutan konsep pengabdian.