Modul Al-Falah: Intervensi Miskin Tegar
Editors: Norazlina Zakaria et.al
Publisher: UUM Press
ISBN: 9786294910737
Weight: 0.28 kg
Pages: 168
Year: 2024
Price: RM30
Modul Al-Falah ini telah dihasilkan daripada penerokaan dan kajian tinjauan para penulis modul ini terhadap responden yang terdiri daripada penduduk di Desa KEDA yang terpilih di negeri Kedah. Desa KEDA adalah penempatan yang diselia oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Modul yang dihasilkan telah dieksperimenkan ke atas 33 orang peserta yang mengikuti program Intervensi Al-Falah siri satu dan siri dua. Borang soal selidik sikap terhadap kemiskinan juga telah diedarkan semasa pra dan pasca-program, dan hasil analisis menunjukkan peningkatan skor yang menjadi indikator pelaksanaan modul ini boleh meningkatkan sikap yang lebih positif.
Keseluruhan kos projek penyelidikan pembinaan modul, program intervensi, kajian keberkesanan modul serta penerbitan dan cetakan buku ini dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Modul Al-Falah ini boleh dijadikan rujukan kepada mana-mana pihak yang ingin mengendalikan program pembangunan insan dan program pembasmian kemiskinan.