Modul Pembelajaran: Pendidikan Alam Semulajadi

RM45.00
9789672514008
Out of stock

Modul Pembelajaran: Pendidikan Alam Semulajadi

Editors: Farah Shafawati Mohd Taib, Abdul Halim Masnan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672514008
Weight: 0.2kg
Pages: 83pp
Year: 2021
Price: RM45

Modul Malaysian Nature Education in Pre-schools (MyNEPs) adalah Modul Pendidikan Alam Semula Jadi khusus bagi kanak-kanak prasekolah. Modul Pembelajaran MyNEPs dibangunkan sebagai medium pembelajaran pada peringkat prasekolah berkaitan kepentingan menjaga alam sekitar, dan pembelajaran kendiri dengan lebih sistematik dan menarik selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK 2017). Modul ini mengandungi silibus pendidikan alam semula jadi yang berteraskan lima elemen iaitu Cuaca, Fauna, Flora, Serangga dan Mikrob. Setiap satu elemen modul lengkap dengan panduan nota dan lembaran kerja untuk membantu pembelajaran di bilik darjah. Aktiviti yang disediakan juga membawa pelajar meneroka di luar bilik darjah untuk memerhatikan elemen alam semula jadi yang dipelajari dengan bantuan guru. Buku ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan, rasa cinta terhadap alam semula jadi dan minat terhadap bidang sains secara amnya.

FARAN SHAFAWATI MOHD TAIB, PhD, Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau merupakan pelopor kepada modul MyNEPs melalui penggemblengan kepakaran rakan-rakan seperjuangan dalam bidang Biologi yang disesuaikan dengan silibus prasekolah.

ABDUL HALIM MASNAN, PhD, Prof. Madya di Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau terlibat secara langsung dalam pembangunan kurikulum berkaitan Pendidikan Awal Kanak-kanak pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui pelbagai jaringan usaha sama penyelidikan dan perundingan bersama jabatan kerajaan dan swasta, institut pengajian tinggi swasta dan awam, persatuan Taska dan Tadika, pendidik, ibu bapa dan komuniti.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI