Modul Pendidikan Pencegahan Keracunan Makanan: Lihat, Pilih, Maklum

RM36.00
9786297534916
2 item(s)
+

Modul Pendidikan Pencegahan Keracunan Makanan: Lihat, Pilih, Maklum

Author: Masyita Mamot, Nurul Azmawati Mohamed, Mohd Dzulkhairi Mohd Rani, Rukma Awang Hamat, Shalinawati Ramli
Publisher: USIM Press
ISBN: 9786297534916
Page: 100 m/s
Year: 2023
Price: RM36

Modul Pendidikan Pencegahan Keracunan Makanan merupakan langkah pencegahan keracunan makanan yang bersasarkan pengguna yang dapat melengkapkan ekosistem keselamatan makanan yang tidak hanya tertumpu kepada pengendali makanan sahaja.

Modul dibina berlandaskan beberapa domain tingkah laku pengguna seperti pengetahuan, sikap serta persepsi risiko terhadap keracunan makanan. Kaedah penyampaian modul juga dipelbagaikan bagi memenuhi objektif pembelajaran yang dinyatakan.

Rujukan ini dapat meningkatkan pengetahuan, sikap serta persepsi risiko pengguna terhadap keracunan makanan, sekaligus membendung kes keracunan makanan yang kerap terjadi di Malaysia. Begitu juga apabila pengguna menjadi cakna terhadap keselamatan makanan, adalah diharapkan ia menjadi pemangkin kepada pengendali makanan untuk menyediakan makanan yang selamat dan bersih.

Semoga modul ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak khususnya dalam bidang keselamatan makanan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI