Musafir Kerohanian Kembara Kemanusiaan
Penyunting: Saari Sungib & Aliza Jaafar
ISBN: 9879672007218
Muka Surat: 300 pp
Penerbit: ILHAM Books
Tahun Terbit: 2017
“Tiba-tiba satu bunyi kuat kedengaran dan terasa Masjidil Haram bergegar seperti hendak runtuh. Nama Allah, Rabbiyassir walatuassir dan istighfar tak putus-putus daripada mulut. Saat ini saya hanya ingat kiamat sudah tiba. Beginikah? Masing-masing tidak tahu arah ke mana nak dituju, bingung, ketakutan dan cemas. Rupa-rupanya ada kren tumbang – kren kedua terbesar di dunia."
Buku Travelog Haji; Musafir Kerohanian Kembara Kemanusiaan ialah catatan pengalaman empat belas jemaah haji tahun 2015 bersamaan 1436H. Pengalaman mereka dari pelbagai latarbelakang berlainan dari segi pendidikan, jawatan, suri rumah dan usia semasa berada di Makkah, Madinah, Masjidul Haram, Masya’ir dan hotel penginapan sangat berguna kepada bakal-bakal jemaah haji sebagai pedoman untuk persiapan diri dan mental. Buku ini sangat penting dimiliki bakal haji dan umrah sebagai persediaan awal sebelum melakukan haji dan umrah - DR ANISAH AB GHANI, AHLI JAWATANKUASA PENASIHAT IBADAT HAJI (TH-JAKIM)
Saya percaya dengan pilihan editor dan penerbit bahawa para penulis adalah mereka yang menghayati ibadah haji yang telah mereka jalani. Jika menjalankan ibadah haji dengan ilmu, kefahaman, kesedaran dan kesungguhan, ia pasti memberikan manfaat yang berpanjangan kepadanya di dunia dan akhirat. - HJ NICHOLAS SYLVESTER MUHAMMAD ABDULLAH, PENGERUSI HIDAYAH CENTRE FOUNDATION
Untuk membaca pengenalan buku ini, boleh klik di sini.