Musim Bunga Pertama: Biografi Rasulullah Dari Lensa Strategi dan Politik - Kulit Keras

RM68.00
9789672007524
43 item(s)
+

Musim Bunga Pertama: Biografi Rasulullah Dari Lensa Strategi dan Politik - Kulit Keras

Origin: The First Spring: A Political and Strategic Reading of the Prophet's Biography
Author: Wadah Khanfar
Translator: Sulhah Ramli, Lubna Abd Rahman, Arnida A. Bakar & Amani Nawi
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789672007524
Weight: 0.8 kg
Pages: 404 pp
Year: 2022
Price: RM68

Pendekatan strategik Nabi Muhammad SAW telah diaplikasikan sebagai kesinambungan dalam pengurusan politik dan strategi. Berdasarkan penilaian yang tepat tentang imbangan kuasa, Baginda realistik dalam menilai keadaan dan praktikal dalam membuat perancangan serta menyelesaikan intipati permasalahan. 

Baginda bertanggungjawab sepenuhnya untuk berinteraksi dengan realiti, bertanggungjawab untuk memahami, melaksana dan menangani serta membuat keputusan. Oleh itu, Baginda menggunakan semua elemen yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas dengan sepenuhnya, termasuk membina pakatan, mengatur tentera, mewujudkan rangkaian perisikan, memantau reaksi musuh, menghantar duta, menggunakan kuasa kelembutan penyair dan pendakwah, dan membina sistem perlembagaan serta kehakiman dan perundangan. 

Semua ini adalah dalam konteks lengkap perancangan dan tindakan manusia. Jika hasilnya tidak memuaskan, Baginda mengambil pengajaran, memperbaiki kelemahan, mengatasi kesan kesilapan, dan kemudian meneruskan perjuangan. Dunia yang kini sedang berhadapan dengan tindakan sinergi kenalurian manusia dan disokong oleh dasar-dasar manusiawi untuk mencapai matlamat tertinggi iaitu kebebasan insan.

Dalam usaha memberikan gambaran kehidupan sebelum dan selepas era nubuwah, penulis tidak membataskan diri dengan hanya merujuk sumber pensejarahan Islam semata-mata malah menggunakan hikayat-hikayat dari Byzantine serta riwayat-riwayat dari Himyar, Parsi dan Habsyah, agar pencerahan dapat diberikan dari pelbagai sudut realiti dan ekonomi yang ditangani Baginda.

Tujuan penulisan ini bukanlah untuk kita terus mendiami masa lampau, membenarkan tindak-tanduk dan sikap, sebaliknya membina kaedah epistemologi dan penyelarasan secara sempurna untuk mewujudkan kesedaran politik dan strategik tentang realiti kontemporari.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI