Muslim Demokrat : Islam, Budaya Demokrasi dan Partisipasi Politik di Indonesia Pasca - Orde Baru
Author:
Saiful Mujani
Publisher: Gramedia
Pustaka Utama
ISBN: 9792227490
Year: 2007
Weight:
0.350 kg
Pages: 367
pp
Price: RM63
Para sarjana Barat, seperti Samuel Huntington, Benard Lewis,
dan Ellie Kedourie memandang Islam dan demokrasi sebagai dua makhluk yang
berbeza, dan keduanya berjalan sendiri. Bahkan mereka mendakwa bahawa Islam bertanggungjawab
atas kegagalan dalam penyatuan demokrasi di negara-negara yang penduduknya
majoriti Muslim. Semakin kuat Islam dalam suatu masyarakat, demokrasi semakin
tidak mungkin tumbuh di masyarakat tersebut.
Pandangan mereka seakan-akan menyetujui kajian Freedom House
yang terdapat dalam Index of Political Right abd Civil Liberty. Menurut kajian
ini, dalam 3 dekad terakhir, hanya ada satu negara Muslim yang mampu membangun
demokrasi secara penuh selama lebih dari lima tahun, iaitu Mali dan Afrika. 12
negara Muslim lainnya, termasuk dalam kelompok semi-demokratik. Bakinya iaitu
35 negara bersifat Otoritarian. Lebih dari itu, 8 daripada 13 negara dengan pemerintahan
paling menindas pada dekad yang lalu adalah negara-negara Muslim.
Bagaimana sesungguhnya di negara kita? Buku ini adalah hadiah sistematik dan emperikal mengenai Muslim Indonesia berdasarkan dua tinjauan pendapat awam berskala nasional.