Nafahat al-Ridwan: Riwayat Hidup Shaykh 'Uthman Sarawak
Author: Shaykh Muhammad Zayn Al-Din Bin Shaykh 'Uthman Al-Sarawaqi
Transliterator: Fazril Salleh
Publisher: ABIM Press
ISBN: 9789672158073
Year: 2018
Weight: 0.150 kg
Pages: 177 pp
Price: RM30.00
Shaykh ‘Uthman bin ‘Abd al-Wahhab al-Sarawaqi atau juga dikenali sebagai Shaykh ‘Uthman Sarawak merupakan tokoh ‘ulama’ besar kelahiran Sarawak yang jarang diketahui umum. Kebesaran beliau masih belum mendapat pengiktirafan sewajarnya daripada generasi terkemudian khususnya dalam zaman kita ini, sehingga membayangkan seolah-olah Negeri Sarawak tidak pernah mempunyai tokoh ilmuwan Islām yang hebat dan mashhur. Oleh yang demikian, penerbitan buku ini diharapkan dapat memperkaya bahan pembacaan berkaitan topik ‘Islam di Sarawak’ di samping mengangkat wacana ini ke medan arus perdana, dan memperkenalkan tokoh besar ini kepada khalayak umum. Buku yang sedang ditatap ini merupakan terjemahan dan transliterasi (alih aksara) bagi sebuah kitab hagiografi (manaqib) seorang tokoh ‘ulama’ Melayu kelahiran Sarawak yang menjadi guru di Masjid al-Haram (Makkah), iaitu Shaykh ‘Uthman bin ‘Abd al-Wahhab al-Sarawaqi (w.1339H/1921M). Kitab biografi ini berjudul Nafahat al-Ridwan fi Manaqibi Shaykh ‘Uthman. Naskah manukrip asal ditulis dalam Bahasa Arab oleh anakandanya, Shaykh Muḥammad Zayn al-din bin Shaykh ‘Uthman al-Sarawaqi, yang juga merupakan guru di Masjid al-Haram. Kitab ini memperihalkan kehidupan Shaykh ‘Uthman Sarawak, tempat kelahirannya, asal-usul dan keturunannya, perjalanan kehidupan sejak kecilnya, keberangkatan beliau ke Makkah untuk menuntut ilmu, dan perihal beberapa orang gurunya. Dicatatkan juga beberapa lokasi yang diziarahi Shaykh ‘Uthman Sarawak dan juga beberapa perihal akhlaknya yang terpuji.