Nama-nama dan Sifat-sifat Allah: Kaedah Terbaik dalam Memahaminya
Author: Shaykh Muhammad bin Salih Al-'Uthaymin
Publisher: Karya PiS
ISBN: 9789672910299
Weight: 0.7kg
Pages: 334
Year: 2024
Price: RM68
inilah pendirian dan pegangan kami: Ahl al-Sunnah dalam memahami dan berinteraksi dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia.
Shaykh ibn Uthaymin telah menghimpunkan dan merumuskan kaedah-kaedah yang terbaik dalam memahami nama-nama dan sifat-sifat Allah ta’ala berdasarkan manhaj para Sahabat dan Salaf al-Salih.
Setiap kaedah yang dibentangkan disertai dengan dalil wahyu, dalil fitrah dan dalil akal sekali gus membuktikan bahawa kaedah ini – yakni kaedah para salaf – adalah kaedah yang terbaik dalam memahami nama-nama dan sifat-sifat Allah.
Shaykh ibn Uthaymin juga membentangkan beberapa (banyak juga sebenarnya) subahat (keraguan) yang ditimbulkan oleh golongan yang menyelisihi manhaj Ahl al-Sunnah serta menjawabnya dengan padu. Jawapan yang diberikan oleh Shaykh bolehlah kita pegang supaya jadi benteng untuk diri kita menghadapi keraguan-keraguan yang ditimbulkan oleh pihak yang menyelisihi manhaj Ahl al-Sunnah.
Inshaallah, buku ini sangat sesuai untuk anda. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin tahu apa sebenarnya pegangan Ahl al-Sunnah dalam berinteraksi dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah.
Laras bahasanya inshaallah mudah untuk difahami. Karya-karya Shaykh ibn Uthaymin sememangnya ditulis untuk semua lapisan masyarakat.
InshaAllah, satu bahan bacaan yang sangat memuaskan hati.