​Nasihat Untuk Setiap Wanita Yang Beriman

RM25.00
Out of stock

Nasihat Untuk Setiap Wanita Yang Beriman

Author: Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti

Translator: Ahmad Naqiuddin

Publisher: Nizamiyyah Institute

ISBN:

Weight:

Page:

Year: 2021

Price: RM25

Isu berhubung dengan wanita memang sentiasa hangat diperkatakan sepanjang masa dan zaman. Hal ini boleh kita simpulkan betapa penting untuk kita tahu isu yang dibangkitkan bukanlah suatu picisan atau bersifat pinggiran. Perkara ini melibatkan maruah, harga diri dan pegangan kepercayaan wanita tersebut yang menjadikan perbualan dan perbincangan mengenai wanita senantiasa ditimbulkan wacananya.

Setiap kelompok dan pendokong yang berusaha memperjuangkan hak dan nasib wanita biasanya mempunyai agenda mereka tersendiri terutama yang membabitkan gerakan ideologi. Terdapatnya dua kelompok yang ekstrem sama ada ekstrem supaya sifat semula jadi wanita adalah bebas dari sebarang ikatan dan adat, ataupun wanita ini sifatnya perlu dikawal sebagai kongkongan secara ketat agar mereka dapat dibersihkan dari bawaan sifat hina dan keji.

Karya al-Syahid Shaykh Dr. Ramadhan al-Buti ini telah menyimpulkan beberapa persoalan genting dan penting yang dilalui oleh para wanita. Beliau telah menampilkan suatu bentuk simbiosis dan interaksi antara realiti hidup wanita dan pengamalan dalam agama. Di dalamnya Shaykh menujukan nasihat yang tepat seolah-olah beliau merasai dan menjiwai permasalahan yang dihadapi oleh kaum wanita.

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita sepanjang zaman adalah berbeza. Sementara pada era sekarang ini, bentuknya mungkin sama pada puluhan tahun kebelakang tetapi dengan situasi realitinya yang berbeza. Oleh itu, amat tepat apabila Shaykh al-Buti menampilkan perjawaban yang relevan bagi persoalan semasa kini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI