Nasionalisme Melayu
Author: William
R.Roff
Publisher: UM Press
ISBN: 983-100-157-5
Year: 2003
Weight: 0.300 kg
Pages: 331 pp
Price: RM45
Roff bukan sahaja mengisi suatu kekosongan, bahkan telah menulis sesuatu yang dengan wajarnya dapat diistilahkan sebagai sejarah sosiologis yang pertama tentang masyarakat Melayu moden. Buku ini bukanlah sebuah karya sejarah yang berupa pemeriksaan terhadap perubahan sosial yang ditimbulkan oleh keadaan sekeliling yang berubah, iaitu munculnya golongan atasan yang baru dalam lapangan politik yang menjadi inti analisisnya. Kita diperkenalkan dengan tiga golongan atasan, yang berbeza-beza kerana asal-usul sosial mereka dan yang lebih penting lagi, oleh orientasi pendidikan dan seterusnya kebudayaan dan politik mereka. Yang mula-mula di antara mereka datang daripada borjois Islam yang warak, yang kebanyakannya tinggal di Negerinegeri Selat. Golongan yang kedua ialah intelek Melayu. Mereka memperoleh pendidikan di sekolah-sekolah Melayu dan dating daripada kalangan petani dan bukan daripada latar belakang kota. Golongan yang ketiga ialah orang-orang Melayu yang rapat dengan istana serta mendapat pendidikan Inggeris. Oleh sebab mereka menikmati kedudukan dan kemudahan tradisional serta pendidikan moden, maka golongan ini, dengan hubungan rapatnya dengan penjajah, menjadi golongan yang dominan dalam perjuangan nasionalisme Melayu.