Natrah @ Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha : Cinta, Rusuhan, Air Mata (Kulit Keras)

RM99.00
9789835207310
4 item(s)
+

Natrah @ Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha : Cinta, Rusuhan, Air Mata (Kulit Keras)

Author: Fatini Yaacob
Publisher: Penerbit UTM
ISBN: 9789835207310
Weight: 0.6 kg
Pages: 456
Year: 2010
Price: RM99

Natrah adalah kisah cinta dua insan yang agung yang menyatu dengan kisah cinta bangsa Melayu kepada agamanya hingga mencetus rusuhan yang tragis di Singapura (1950). Jika isu Malayan Union telah menyebabkan orang Melayu bersatu di bawah satu panji, maka episod Natrah pula menggambarkan perpaduan umat Islam di seluruh Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia. Natrah menjadi satu tragedi yang boleh dihayati dan dipelajari dan yang lebih penting membuktikan perpaduan seluruh umat Islam…

Tun Daim Zainuddin Mantan Menteri Kewangan

Di tengah kehangatan kisah perbicaraan Natrah di Singapura, majalah Qalam menyiarkan gambar lukisan yang menunjukkan al-Quran terlepas dari tangan Natrah yang duduk bersimpuh. Maknanya sangat mendalam. Saya yang berusia lapan tahun pun faham ….

Tan Sri Adam Kadir Mantan Yang Di Pertua Dewan Negara

Sesungguhnya penghasilan buku ini bukan sekadar biografi biasa. Menerusi watak Natrah penulis berjaya mengungkapkan pelbagai tema besar yang melingkungi kehidupan masyarakat ketika itu yang masih relevan sehingga kini… Garapan buku ini pula merentasi waktu yang panjang, dari sebelum Perang Dunia Kedua sehinggalah tahun 2009. Jangkauan kajian pula melibatkan kawasan geografi yang luas, dari Asia Tenggara ke Eropah hingga ke Amerika Syarikat ….

Prof. Dato Ir. Zaini Ujang Naib Canselor UTM


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI