Negara Bangsa Malaysia: Gerakan Nasionalisme, Perjuangan Politik dan Dasar Negara
Author: Zulkifli Salleh
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834943790
Weight: 0.5kg
Pages: 398pp
Year: 2024
Price: RM82
Negara Bangsa Malaysia: Gerakan Nasionalisme, Perjuangan Politik dan Dasar Negara menumpukan kepada pembentukan negara bangsa yang cuba diterjemahkan dan direalisasikan melalui gerakan nasionalisme dan perjuangan politik, dengan tanpa sama sekali menafikan hakikat bahawa negara bangsa Malaysia dibentuk melalui suatu proses yang panjang dan asasnya wujud sejak zaman sebelum penjajahan lagi. Satu persoalan kritis yang dikemukakan dalam buku ini ialah negara bangsa.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan negara bangsa? Apabila negara bangsa telah dibina atau dibentuk, persoalan seterusnya ialah kedaulatan dan penakatan atau kelangsungan negara bangsa. Selain globalisasi, dasar penswastaan yang dilaksanakan, termasuk di Malaysia, dengan sendirinya boleh melemahkan sesebuah negara bangsa.
Hal ini demikian kerana kerajaan tidak lagi menyediakan kemudahan asas atau barang awam kepada rakyat yang sebelum ini merupakan tanggungjawab kerajaan, seperti pendidikan, perubatan, bekalan elektrik dan air, lebuh raya, penyiaran dan sebagainya. Tanggungjawab ini diserahkan kepada pihak swasta sehinggakan rakyat tidak perlu lagi bergantung pada kerajaan dengan sepenuhnya, dan dengan itu, melonggarkan hubungan antara rakyat dengan negara.